Tuesday, 26 March 2013
Hot ! Aishah Srikandi PKR kata gambar ini 1997 bukan 2012 #LahaDatu
Semalam semasa ceramah Wanita Pakatan di Penanti, Ketua Srikandi PKR Siti Aishah turut menjawab isu pencerobohan Lahad Datu yang mana bosnya Anwar Ibrahim dikaitkan sebagai dalang.
Beliau mendakwa gambar pertemuan Anwar dan Nurmisuari yang disebarkan dalam internet dan TV3 ialah bukan pada tahun 2012 tapi 1997 ketika menjadi TPM.
Nak tergelak sekali melihat secara terang2 macai2 Anwar yang hadir semalam dari Permatang Pauh ditipu hidup-hidup oleh ketua srikandi ni....HaHaHA!!!!
Korang lihat la sendiri pakaian dan muka Anwar tu ? Itu muka semasa dia menjadi TPM pada tahun 1997 ka ??
Gambar ini mula disebarkan oleh media Filipina dan bukannya TV3 seperti mana ditipu Aishah Srikandi PKR di ceramah
Aishah Srikandi ternyata hanya boleh menipu macai2 PKR di ceramah-ceramah tapi bukan yang anak2 muda yang mendapat info dan fakta daripada media sosial dan blog.. -GPN-
#Buka mata buka hati renungkan lahhh.... jangan jadi manusia yang taksub kepada seseorang hingga pintu hati dan mata ditutup sepenuhnya..
WAJIB TAHU : 10 Kejutan ANWAR IBRAHIM Menjelang PRU 13
Assalamualaikum w.b.t,
Penulis selalu berfikir, kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah yang dia tidak meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Sudah tentu keraguan ramai terhadapnya akan hilang jika dia berbuat demikian.
Baru ini seorang rakan berkata, tidak mahu bersumpah itu memang strategi Anwar…
Katanya, Anwar akan bersumpah juga akhirnya tetapi bukan sekarang…dia akan simpan isu itu sampai betul-betul mengunung…beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), dia akan bersumpah.

My SALUTE TO...PDRM
#PDRM 206: Sajak : 'Perjuangan
Satu Malaysia'
Dideklamasikan oleh DSP Rosebaini binti Kassim dan
ASP Mohamed bin Mahat
Setelah dua abad memagari rumah ini
bukan pujian yang kita cari
setelah 206 tahun menyemai bakti
bukan taburan bintang di dada yang kita impi
ditanah ibunda keringat darah tumpah ke bumi
bukan kerana upah yang tak seberapa
tetapi dek kerana janji dan sumpah setia
Inilah bumi Malaysia tempat kita mencurah bakti
binaan penuh tumpahan darah
dan linangan air mata oleh pejuang bangsa
tidak mengira keturunan dan agama
Melayu, Cina, India, Bajau, Melanau, Murut, Bidayuh,
Kadazan, Dusun, Iban, Dayak, Penan , Kayan, Orang Hulu dan segala rumpun bangsa bersatu berganding bahu
membenteng keamanan negara bangsa
dengan semangat perjuangan Satu Malaysia
bukan untuk mencipta nama
tetapi mengharap ia kekal untuk diwariskan
kepada generasi dihari muka
Tidak sekali-kali
akan kita gadaikan kepada penjajah
tidak sekali-kali
akan kita serahkan kepada pembelot bangsa
tidak sekali-kali
akan kita letakkan nilai harganya kepada sesiapa
Biar darah merah kami menitis ke bumi
biar pun jasad kami di kelar berkali-kali
biar tulang belulang kami hancur lebur
namun pantang sekali kami undur
kami akan terus mara mengempur
walau ditakdirkan kami gugur
Telah kami buktikan kesetiaan sejak zaman berzaman
Bukit kepong menjadi sejarah air mata
Sejarah silam melingkari peristiwa
Ramai pahlawan kita rebah mempertahan bumi bertuah
Namun api perjuangan kita tak pernah padam
Pahlawanku tegap berdiri dan Serikandinya tak berpaling hati
menghambakan diri menguftikan janji padamu pertiwi
kini Lahad Datu dan Semporna mengulangi sejarah
dada pahlawan ditembusi bisa peluru
tubuh dilapah jasad disiksa tanpa belas kasihnya
pahlawanku gugur mepertahankan tanah air berdaulat
ayah ibu menangis pilu kehilangan anak tempat bergantung
para isteri berendam air mata kehilangan suami tercinta
anak-anak menanti kepulangan ayah
yang tak akan kembali lagi ke dunia
ternyata segala pengorbanan pahlawanku tak terhitung
mempertahankan bumi Malaysia bukan untuk disanjung
Pahlawanku
Kitalah pewaris mutlak penuh setia
menjadi perisai sempadan negara bangsa
dan terus berdiri mengibar pusaka azimat
Sang Saka Biru panji keramat
di tanah ibunda Malaysiaku bumi berdaulat
Monday, 25 March 2013
Saturday, 23 March 2013
MESTI TONTON : BAGAIMANA TANGAN ASING MENJATUHKAN SESEBUAH NEGARA
Ya ALLAH.. Engkau berikanlah keamanan dan kedamaian kepada negara MALAYSIA kami ini Ya Allah.. Peliharalah negara kami dari segala bala dan Bahaya.. dari segala ancaman luar dan dalam, dan dari segala wabak penyakit yang nyata atau tersembunyi sifatnya..
MR LALANG : ANWAR MENGGEDIK LAGI..
![]() |
P/S : TENGOK AYAHANDA TUN.M LEBIH ELOK DARI PUBLISH GAMBAR SI TUTTTT!! |
Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau
mungkin bertanding di Perak pada pilihan raya umum ke-13 ini menunjukkan
keyakinan beliau terhadap pengaruhnya di kawasan Permatang Pauh semakin
berkurangan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad : Malaysia negara bebas dan "Anwar boleh pergi ke mana saja yang dia mahu, tetapi untuk menang, satu cerita lain.""Maksud saya jika beliau mahu lari daripada Permatang Pauh, tak mengapa. Ini jelas menunjukkan keyakinan beliau terhadap (mengekalkan) kerusi Parlimen Permatang Pauh semakin hari semakin berkurangan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada persidangan ulung Persekutuan Perusahaan Islam Sedunia yang juga Forum Ekonomi Islam Sedunia di sini, hari ini.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu baru-baru ini berkata beliau mungkin bertanding di kawasan parlimen Perak pada pilihan raya akan datang, semasa ditanya sama ada beliau akan mempertahan kerusi parlimen Permatang Pauh.

p/s : BIASA LA KAN.. KEKASIH HATI PON BERTUKAR GANTI... INI KE ''PEMIMPIN'' YANG DI JULANG TINGGI.. XLAYAK LANGSUNG!!
Friday, 22 March 2013
9 TEMPAT PELIK DI DUNIA
Planet Bumi adalah suatu ciptaan yang menakjubkan untuk diteroka dengan daya tarikan nilai estetika. Malah di era ini sarap dengan teknologi ini, wujud beberapa tempat yang akan ditemui atau dianggap sebagai pelik. Mari kita lihat 9 tempat-tempat yang paling pelik di bumi.

Thursday, 21 March 2013
SELAMATKAN MALAYSIA DARI MAKHLUK INI!!
PAPA GOMO : Saksikan video dibawah ini dan anda boleh nilaikannya sendiri apakah
lelaki dalam video tersebut Anwar Ibrahim calon yang kononya nak menjadi
Perdana Menteri ataupun sebaliknya. Rakaman asal BERWARNA dan AUDIO
yang jelas untuk tatapan rakyat Malaysia.
p/s : Wahai rakyat Malaysia.. tolong nilai dgn adil.. Jangan kerana taksub kepada manusia ini habis kita semua berpecah belah... Ingatlah renunglah kajilah dengan ADIL.. DIA TIDAK LAYAK DIGELAR BAKAL PERDANA MENTERI APATAH LAGI PERDANA MENTERI MALAYSIA SEKALIPON DI BUMI MALAYSIA YANG TERCINTA INI..
Melayu MEMANG Mudah LUPA kann!!!

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentutah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.
Dasar Transformasi Berjaya - PM
KUALA LUMPUR, 19 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
membentangkan “kad laporan” yang amat baik hasil pelaksanaan Program
Transformasi yang memberi manfaat kepada setiap lapisan rakyat Malaysia.
Beliau berkata Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) itu yang juga menyokong Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi dengan acuan sendiri, menjadi asas utama, bukan semata-mata angka tunjuk ekonomi.

Tuesday, 19 March 2013
[Video] -Zulkifli Nordin Kena Kacau Ketika Ceramah
Video ini gangguan yang dilakukan oleh Gangster PKR terhadap YB Zulkifli Nordin ketika beliau sedang berceramah. Kehadiran hadirin yang hadir adalah dianggarkan 600 orang itu telah diganggu sekumpulan 50 hingga 60 orang lelaki yang memakai baju PKR & PAS termasuk kanak-kanak telah berkumpul di tepi jalan hadapan dewan membuat riuh & memaki hamun dengan kata-kata kesat.
Mereka juga telah bertindak liar dengan menceroboh masuk ke dalam dewan ceramah dengan membaling Telur Busuk termasuk penceramah kepada YB Zulkifli Nordin. Kumpulan samseng tersebut turut melaungkan sorakan "reformasi", "katak", "Polis Anjing", "Jangan masuk Permatang Pauh", "Jangan guna dewan sekolah" sambil memijak kain rentang ceramah.
Mungkin ini yang dikatakan 'politik matang' ala PKR. Tetapi mereka lupa bahawa perkataan-perkataan yang dilemparkan terhadap UMNO sebenarnya adalah perwatakkan mereka sendiri.
Pabila engkau terjatuh dan menangis
"Tampakkan sifat-sifatmu nescaya Dia akan membantumu dengan sifat-sifatNya. Tampakkan kehinaanmu nescaya Dia membantu dengan Kemuliaan-Nya. Tampakkan kelemahanmu nescaya Dia membantu dengan Kekuasaan-Nya. Tampakkan ketidakberdayaanmu nescaya Dia membantu dengan Daya dan Kekuatan-Nya"
Ketika secara zahir ALLAH s.w.t menjadikanmu taat melaksanakan perintah dan secara batin menganugerahkan sikap pasrah kepada-Nya, bererti Dia telah melimpahkan nikmat yang amat besar padamu. Sungguh rahsia-rahsia ALLAH itu Maha Seni sehingga terkadang engkau tidak menghargainya lantaran kaburnya mata hati.
Monday, 18 March 2013
Kalimah ALLAH : Bukan bermakna 'GOD' semata-mata
Umum mengetahui, sensitiviti umat Islam amat tersentuh apabila kalimah ALLAH s.w.t seakan dipermainkan. Kalimah ALLAH yang termaktub berulang kali di dalam al-Quran dan al-Sunnah itu sesuatu yang tidak pernah dipertikaikan oleh umat Islam. Ia digelar sebagai ism al-zat iaitu kata nama yang melambangkan secara langsung zat ALLAH s.w.t yang Maha Agung.
Wednesday, 13 March 2013
Al-Fatihah
JENAZAH DUA WIRA NEGARA SELAMAT DISEMADI
Pasir Mas, 13 Mac - Jenazah dua wira negara Kpl Ahmad Hurairah
Ismail dan Kpl Ahmad Farhan Ruslan yang gugur dalam Operasi Daulat menentang militan dari Sulu semalam, selamat dikebumi di kampung halaman masing-masing.Jenazah Ahmad Hurairah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lalang, tidak jauh dari rumah keluarganya di sini, manakala Ahmad Farhan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Madrasah Pohon Celagi, Pasir Hor di Kota Baharu.

Jari Menaip
Assalamualaikum w.b.t ;)
Tujuan blog ni di'create'kan disebabkan jari-jari manis ku sudah gatal tahap maksima hendak menaip dan sudah terlampau banyak baris-baris ayat yang harus dibariskan di dunia siber ini.. HAHA!!
Apabila perkara yg diperkatakan tidak sama dengan apa yg dilakukan.. Manusia Sudah GILA!!
*Nasihat utk diri sendiri hari ini*
Subscribe to:
Posts (Atom)