
Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentutah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.
Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit manis maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.
Orang Melayu
sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka
tidak pun mengakui
akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka
setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan – Kerajaan Malaysia merdeka.
setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan – Kerajaan Malaysia merdeka.
Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka
rela supaya perpaduan yang memberi
kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada
kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.
kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada
kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.
Sebab inilah
yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya
mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu
bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil
iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang
dikuasai orang lain.
iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang
dikuasai orang lain.
Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah
dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa
depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan
oleh kita sendiri. - Ayahanda Tun. M -
Or
No comments:
Post a Comment