Terkini Video Seks : Mustafa Akan Lakukan Sumpah Laknat Jumaat Ini?!!
KUALA LUMPUR 17 April - Keputusan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa
Ali untuk tidak membuat laporan polis berkenaan isu penyebaran video
seks yang mirip beliau boleh dilihat sebagai merosakkan kredibiliti
perjuangan Islam Pas selama ini.
Menurut Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat),
Ismail Mina Ahmad berkata, adalah lebih baik Mustafa mengangkat sumpah
di mana-mana masjid dan menjadikan orang ramai sebagai saksi untuk
memperbetulkan kembali fakta berkenaan isu itu jika beliau berada di
pihak yang benar.
āTiada apa yang perlu ditakuti jika beliau tidak melakukan perkara tidak
bermoral itu, jadikan kisah Saiyidina Uthman sebagai teladan. Bagaimana
khalifah ketiga itu mengangkat sumpah di Masjid Nabawi untuk menafikan
pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.
āJika di kalangan ahli parti melakukan perkara tidak bermoral seperti
ini pun sudah dianggap bertentangan, ini kan pula perwakilan tertinggi
parti yang melakukannya. Sudah semestinya dianggap perkara luar biasa,"
katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas penafian Mustafa Ali berhubung dakwaan penyebaran video
seks yang menyerupai dirinya di dalam laman sosial baru-baru ini.
Bagi Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul
Rahman berkata, sebagai pemimpin tertinggi Pas, Mustafa perlu
membersihkan imejnya dengan terlebih dahulu membuat laporan polis untuk
membolehkan pihak terbabit melakukan penyiasatan terperinci bagi
mendapatkan kesahihan adakah beliau (Mustafa) merupakan pelakon utama
video itu ataupun tidak.
āSekarang ini, langkah terbaik, dia sendiri pergi buat laporan polis
supaya perkara tersebut boleh disiasat dan dia boleh mengambil tindakan
undang-undang terhadap pesalah jika dia berada di tempat yang benar.
āSebagai sebuah parti yang berteraskan Islam masyarakat melihat Pas
sebagai tidak konsisten dan goyah dalam memegang prinsip Islamnya,
jangan lupa maruah dalam agama perlu dipertahankan bagi menutup keaiban
diri sendiri," katanya di sini.
Jelas Abdullah, ekoran video seks ini, kredibiliti jawatankuasa tatatertib Pas sedikit terjejas sejak kebelakangan ini.
āSoal perkaitan moral dan akhlak ahli parti pun tidak mampu diselesaikan
ini telah menunjukkan jawatankuasa Pas lemah dalam mengambil tindakan
disiplin," jelasnya lagi. -Utusan