Wednesday 24 April 2013

Eksklusif!!! Gambar Serangan Bom Ke Atas Majlis Anjuran Barisan Nasional di Pulau Pinang

Satu letupan kuat telah berlaku bersebelahan dengan Command Center BN, Nibong Tebal sebentar tadi semasa program anjuran Barisan Nasional sedang berlangsung..Letupan tersebut telah mengakibatkan salah seorang petugas BN yang berada di kawasan tersebut cedera di kaki dan EP diberitahu mangsa telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan..

Mengikut berita yang diterima, bahan letupan tersebut telah meletup di dalam timbunan sampah (sisa dan bekas makanan) bersebelahan khemah Command Center dan dipercayai insiden ini merupakan kerja pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin mensabotaj program BN yang mendapat sambutan seramai 3000 rakyat yang tinggal di kawasan tersebut..



Berita yang terakhir yang diterima, pihak Polis sedang berusaha mencari bahan bukti dan menghapuskan sisa-sisa bahan letupan yang masih belum meletup..

Pihak Polis sedang menjalankan siasatan yang terperinci mengenai insiden tersebut..

No comments:

Post a Comment