TERKINI : Pakar FILEM buat analisa video skandal MUSTAFA ALI
Bila pakar pakar perfileman buat analisa video skandal #StopaSpenda
Saya membuat satu analisa berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya di
dalam bidang perfileman semenjak 1990. Analisa ini saya buat tanpa
membuat perbandingan dengan foto mana-mana individu.
Sample yang saya terima ialah di dalam bentuk DVD dan saya dapati mutu
rakaman audio dan videonya adalah di dalam keadaan baik. Suara boleh
didengar dan difahami perbualannya. Saya berpendapat video ini adalah
satu rakaman yang telah dirancang dengan baik oleh individu atau
kumpulan yang mempunyai pengetahuan asas tentang pencahayaan dan juga
rakaman audio. Saya berpendapat kamera ini diletakkan di satu sudut di
sebelah bawah sebuah peti televisyen. Ini adalah satu pemilihan sudut
yang bijak kerana perakam tahu pelaku di dalam video ini akan kerap
menoleh ke arah peti televisyen, justeru wajah pelaku dapat terakam
dengan sempurna.
Terdapat dua orang pelaku di dalam video ini. Seorang lelaki dan seorang
perempuan. Walaupun hubungan diantara kedua-dua pelaku ini adalah tidak
jelas, tetapi niat pertemuan mereka di dalam bilik tersebut adalah
jelas, iaitu untuk melakukan hubungan seksual.
Durasi keseluruhan video ini adalah 11 minit 26 saat.
Saya telah membuat screenshot aksi-aksi di dalam video ini dan di
failkan mengikut susunan dengan nama fail Fa 1-1 sehingga Fa 16-1. Saya
juga membuat screenshot jarak dekat wajah pelaku dan dinamakan sebagai
Fa E CU 1-2 sehingga Fa E CU 3-2. Screenshot dibuat menggunakan
applikasi Grab oleh Apple.
No comments:
Post a Comment