Tuesday 16 April 2013

PANAS!! Kereta upahan ini perlu diharamkan masuk ke Malaysia #PRU13

Apa kejadahnya penyokong2 PAP dari  Singapura  cuba nak ganggu kempen PRU13 di negara kita ?Adakah sebab Kit Siang dan DAP  bertanding di Gelang Patah nak cuba menawan Johor  ?



GPB tak kira  kalau pemilik kereta haramjadah ini pencacai DAP di Malaysia tetapi kenderaan dari negara luar seperti Singapura ini cukup biadap dan  telah mencabar maruah negara  kita.

Persoalannya , mengapa kereta dari Singapura sahaja walhal dari Thailand di sebelah utara tak ada pun suruh  sokong Pas atau PKR. . Adakah kerana  kempen ini semua didalangi DAP ??

Mana pergi JPJ ?? Korang tak reti nak pi tahan ka kereta asing dok buat gila dalam negara kita ni .


JOHOR BAHRU - Warganegara Singapura diingatkan supaya tidak mencampuri urusan politik di negara ini lebih-lebih lagi bagi membantu mana-mana parti berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). 

Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpendapat, tindakan orang asing mencampuri urusan pilihan raya sesebuah negara adalah tidak patut kerana ia tidak baik untuk hubungan dua negara.
 

"Berkempen di negara yang mana rakyat Malaysia sedang bekerja dan mempengaruhi mereka untuk mengundi parti yang mempunyai kepentingan mereka adalah tidak betul," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
 

Mohamed Khaled mengulas kebanjiran kenderaan dari Singapura di bandar raya ini yang dilihat turut berkempen membantu pakatan pembangkang dalam mengajak rakyat negara ini pulang mengundi.
Bagaimana pun, tidak dapat dipastikan sama ada pemilik kenderaan berkenaan terdiri daripada warga negara jiran atau rakyat Malaysia yang mempunyai taraf penduduk tetap di republik itu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi pula berpendapat, perbuatan itu tidak wajar dan bertentangan dengan polisi mana-mana negara pun.
 

"Mereka sepatutnya tidak masuk campur, urusan politik kita biarlah kita sesama kita," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Jaya, Tan Cher Puk mahu pemerintah Singapura menyiasat penduduk negara itu yang menyalah gunakan kenderaan dari republik tersebut untuk berkempen di Malaysia.
 

"Pemerintah Singapura harus melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang memasuki Malaysia," tegasnya

No comments:

Post a Comment