Bekas
Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammed Nizar Jamaluddin kalah dalam
saman fitnah RM50 juta terhadap Sistem Televisyen M Bhd bersabit isu
nombor plat kenderaan WWW1.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menggugurkan saman itu dengan kos pada Jumaat.
Pada 10 Julai lalu Nizar
memfailkan saman berkaitan komen beliau mengenai nombor plat kenderaan
WWW 1 yang dibida dengan harga RM520,000 oleh Sultan Johor.
Dalam pernyataan tuntutan, Nizar
berkata pada 28 Mei lepas beliau membuat kenyataan mengenai nombor
pendaftaran kenderaan itu menerusi akaun Twitternya.
Beliau kemudian pada 31 Mei
mendakwa Utusan Melayu menerbitkan satu artikel di halaman 11 akhbar
Utusan Malaysia mengenai perkara itu yang dikatakan berbaur fitnah.
ADUN Sungai Panjang itu mendakwa
akhbar berkenaan menfitnah beliau sebagai seorang penderhaka terhadap
Raja-raja Melayu, terutamanya Sultan Johor, seorang ahli politik yang
anti-sultan dan cuba menghasut rakyat supaya membenci Sultan Johor.
*** Akhirnya kebiaDAPan Nizar
terhadap Sultan Johor isu no plat WWW1 terjawab bila kalah saman
fitnahnya terhadap TV3 . Pastinya beliau terpaksa membayar kos
gantirugi terhadap mahkamah & TV3 berhubung saman RM50 juta ini
.. PADAN MUKA !!
No comments:
Post a Comment