BN Di Ramal Menang PRU Ke13
Sebelum
ini Pakatan Rakyat cuba menggunakan pengaruh Tun Mahathir untuk meraih
sokongan dengan cara menyebarkan persepsi kononnya Negarawan tersebut
tidak menyokong Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri. Namun,
percubaan tersebut tidak berjaya kerana umum dapat melihat dengan jelas
bagaimana kuatnya Tun Mahathir menyokong Perdana Menteri sehingga
sanggup membantu dan bekerja keras memastikan kemenangan Barisan
Nasional menjelang Pilihanraya ini.
Kegagalan tersebut tidak mematahkan semangat mereka untuk terus
menggunakan pengaruh musuh bagi meraih sokongan bila saja berpeluang.
Oleh itu, apabila Tun Musa Hitam menyatakan bahawa tidak mungkin
mana-mana parti yang menjadi kerajaan akan dengan sengajanya
membangkrapkan negara, maka pembangkang menyambut dan menyebarkannya
sebagai kenyataan menyokong Pakatan Rakyat. Kenyataan Tun Musa tersebut
dibuat dalam satu program berkenaan ekonomi baru-baru ini.
Jelas bahawa PR sendiri menyedari pemimpin mereka sendiri tidak mampu
meyakini rakyat bahawa mereka tidak akan membankrapkan negara, sehingga
memaksa mereka mendapatkan ‘persetujuan’ dari Tun Musa Hitam.
Tun Musa Hitam yang jelas tidak selesa dengan tindakan pembangkang itu
kemudian tampil meminta mereka menghentikan menggunakan namanya untuk
meraih sokongan. Kita tahu, walaupun Tun Musa ada menyimpan dendam di
sana sini terhadap beberapa individu di dalam UMNO tetapi, beliau tidak
cukup bodoh untuk membela PR, apatah lagi dalam keadaan sokongan
terhadap parti itu semakin nipis. Kerana itu, dalam penafiannya bahawa
beliau menyokong pembangkang, Tun Musa turut menyatakan yang beliau
yakin Barisan Nasional akan menang dalam PRU-13 ini.
Menggunakan pengaruh musuh untuk meraih sokongan adalah tindakan yang
memalukan kerana ia membuktikan bahawa pembangkang turut mengiktiraf
pengaruh dan ketokohan musuh mereka.
Soalnya, kenapakah pemimpin pembangkang tidak mampu berdiri atas
pengaruh sendiri untuk meyakinkan rakyat? Kenapa perlu ‘meminjam’
pengaruh musuh?
Jawapannya, kerana pemimpin pembangkang terlalu kuat menipu sehinggakan
rakyat tidak lagi mempercayai mereka. Mana tidaknya, jika hampir
keseluruhan kempen mereka adalah berdasarkan isu yang direka-reka,
kalaupun tidak ditokok tambah. Selain kuat menipu, pembangkang juga
sudah terbukti gagal membentangkan penjelasan yang memuaskan tentang
bagaimana mereka akan memastikan negara tidak bankrap berdasarkan
janji-janji manis yang mereka taburkan.
Penjelasan seperti ‘mengurangkan defisit dengan cara membanteras rasuah’
adalah penjelasan umum yang tidak mampu dicongakkan di atas kertas.
Apatah lagi dengan bukti jelas bahawa pembangkang lebih hebat
mengamalkan rasuah dan ketidaktelusan dalam pentadbiran negeri-negeri
jajahan mereka.
Malah, isu ladang rakyat dan isu tanah Kelantan yang diberi kepada DAP,
isu hutan yang gondol, KUIN dan projek-projek besar yang tiris, rugi dan
‘aneh’ di Kedah, pemberian kontrak yang tidak telus di Pulau Pinang,
isu pasir dan juga percambahan pusat maksiat di Selangor, semuanya
menunjukkan yang rasuah berleluasa dan tidak terkawal di dalam kerajaan
PR yang baru sahaja setahun jagung berkuasa.
Justeru, bagaimana rakyat boleh percaya yang pembangkang akan mampu
mengurangkan defisit dengan cara membanteras rasuah jika mereka
memerintah?
Pembangkang juga berhujah bahawa semua perbelanjaan dan pengurangan
harga barang akan mampu ditampung dengan wang dari Petronas.
Pembangkang seolah-olah melihat Petronas sebagai ‘kilang wang’, di mana
wang boleh dikeluarkan tanpa had. Sedangkan Petronas adalah nadi
ekonomi negara di mana negara bergantung hampir 60% dari cukai yang
dibayar oleh syarikat itu bagi merealisasikan pemberian subsidi dan
menjana kewangan yang kemudiannya dikembalikan kepada rakyat melalui
perkhidmatan awam dan prasarana.
Sekiranya Petronas perlu membuat kerja-kerja ‘kebajikan’ tambahan kepada
kerajaan sepeti saranan pembangkang, maka keuntungan mereka juga pasti
akan terjejas, sehingga akhirnya akan menjejaskan cukai yang perlu
dibayar kepada kerajaan. Dalam jangka masa panjang, keadaan ini akan
melemahkan syarikat tersebut, dan akhirnya akan turut mengheret kerajaan
dan negara bersamanya.
Secara dasarnya, pembangkang hanya mempunyai dua hujah tentang dari mana
mereka akan mencari wang untuk negara iaitu: 1. ‘membanteras rasuah’
yang mana kita tidak percaya langsung akan dilakukan oleh mereka, dan
juga 2. ‘mengikis Petronas’ yang mana seolah-olah mengikis bapa sendiri
sehingga menyebabkan sekeluarga menjadi miskin.
Maka tidak hairanlah rakyat tidak yakin yang ‘pembangkang tidak akan
membangkrapkan negara’ walaupun Tun Musa mungkin bercakap berlapik
dengan menambah ayat ‘dengan sengaja’. Namun, rakyat yakin yang Tun
Musa juga turut sangsi yang pembangkang tidak akan membangkrapkan negara
secara ‘tidak sengaja’.
Jika tidak, tentulah Tun Musa tidak akan menyatakan dengan begitu yakin
bahawa beliau meramalkan kemenangan BN dalam PRU ini. Pastinya, beliau
sendiri tidak yakin dengan parti yang suka menggunakan pengaruh orang
lain serta memanipulasi kenyataan orang lain semata-mata kerana terlalu
terdesak untuk meraih undi.
No comments:
Post a Comment