Sunday 14 April 2013

Tun M bukan tamak Kuasa



drmahathirtegas513Dr Mahathir berkata pemimpin PAS hanya menggunakan Islam untuk meraih undi serta menang pada pilihan raya dan langsung tidak mempunyai niat untuk memperjuang dan mendirikan sebuah negara  Islam seperti yang dilaung-laungkan selama ini.
Sehubungan itu, beliau menggesa semua anggota PAS meninggalkan parti itu kerana selama ini pemimpin parti itu banyak melakukan pembohongan kepada rakyat.
Katanya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sanggup mengkafirkan anggota dan penyokong UMNO walaupun anggota UMNO itu ibu bapa dan nenek moyang mereka sendiri.
Menurut Dr Mahathir, beliau tidak berniat untuk bertanding pada PRU13, sebaliknya mahu menolong UMNO dan Barisan Nasional(BN) menang pada PRU kali ini.
Dr Mahathir berkata beliau mahu mengucapkan terima kasih dengan membalas budi kepada UMNO dan BN yang selama ini memberi pertolongan kepadanya hingga menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.
"Orang yang dapat pertolongan mesti ucap terima kasih. Saya cuba tolong Umno dan BN dalam kempen sebagai cara nak lahirkan ucapan terima kasih. Saya tak ada niat untuk bertanding. Bila saya dah buat keputusan saya tak akan patah balik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Himpunan Rakyat 2013 di Perkarangan Pejabat UMNO Pendang Sabtu.-13/4/2013

No comments:

Post a Comment